IQNA

Menentang Adalah Satu-satunya Cara Untuk Mendapatkan Kembali Hak-Hak Masyarakat Palestin

23:53 - May 15, 2013
Berita ID: 2534296
Kumpulan Antarabangsa: Menentang adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan kembali hak-hak masyarakat Palestin, mempertahankan tempat-tempat Muqaddas dan membebaskan tanah Palestin.
Kumpulan Antarabangsa: Menentang adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan kembali hak-hak masyarakat Palestin, mempertahankan tempat-tempat Muqaddas dan membebaskan tanah Palestin.
Menurut laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA), dipetik dari laman web ((Palestine Info)), Selasa, 14 Mei, Hamas mengeluarkan kenyataan sempena memperingati ulang tahun yang ke 65 “Hari Kesengsaraan” ( hari ditubuhkan rejim zionis pada tahun 1948). Hamas berkata: “Menjajah tanah Palestin dan menghalau masyarakat Palestin adalah merupakan sejarah jenayah terbesar keatas masyarakat dan negara kami, kerana Israel telah melakukan jenayah yang paling kejam keatas masyarakat, tanah dan tempat-tempat suci Palestin. .
Hamas didalam penghargaannya keatas kecekalan masyarakat dan tahanan-tahanan Palestin didalam menghadapi plot-plot dan pencabulan rejim-rejim zionis berkata: Masyarakat Palestin semestinya mempertahankan tanah dan tempat-tempat suci mereka sehingga mereka mendapatkan kembali hak-hak mereka dan kebebasan tanah air dan tahanan-tahanan mereka.
Hamas juga menekankan bahawa mereka sama sekali tidak akan berundur selagi mereka belum mendapatkan kembali hak-hak masyarakat Palestin.
Hamas juga menekankan: “Masjid Al-Aqsa akan sentiasa menjadi warisan masyarakat Islam. Quds akan sentiasa menjadi ibu negara Palestine. Dan usaha Israel untuk menghapuskan warisan Islam dan menyeleweng fakta sejarah tidak akan berjaya.”
Hamas juga menekankan bahawa Palestin mempunyai hak yang sah dan pasti untuk kembali ke tanah air mereka sendiri, dan tidak ada undang-undang yang dapat menghapuskan hak ini.
Didalam kenyataan ini juga Hamas menekankan bahawa perpaduan diantara masyarakat Palestin perlu dijaga dan meminta supaya Mahmud Abbas, anggota Fatah dan kumpulan-kumpulan gerakan palestin yang lain bersatu dan bersama-sama mempertahankan tanah air mereka.
Hamas juga menggesa organisasi kerjasama Islam dan kesatuan Arab menyokong tanah air Palestin,Quds, Masjid Al-Aqsa dan kesemua tempat-tempat suci Islam dan Masihi, dan menghalang rejim Israel dari terus menduduki tanah air Palestin dengan mengambil keputusan yang praktikal.

1228712
captcha